SAMDOL betull
SAMDOL:Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOLSAM: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembutu terajang aku. Nasib baik tak mati.
===================================
SAMDOL: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgittu?
DOLSAM: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang diamintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
===================================
SAMDOL: Kau kata binatang peliharaan kau matilemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOLSAM: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa iamati dalam air!
===================================
SAMDOL: Semalam aku nampak hantu!
DOLSAM: Uih! kau terkejut tak?
SAMDOL: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengokaku.
DOLSAM: Mana kau tahu?
SAMDOL: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
===================================
SAMDOL: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOLSAM: Gula dah habis!
SAMDOL: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOLSAM: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
===================================
SAMDOL: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOLSAM: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
===================================
SAMDOL: Aku ada AIDS? mana ada...
DOLSAM: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
===================================
SAMDOL:Dol,aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOLSAM:Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
===================================
SAMDOL:Dah dua kali perompak yang sama datang merompakkedai kita.
DOLSAM:Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"