Senyum Sikit!

Thursday, May 20, 2004

19 Teka Teki

Kategori : FWD

1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape power Karate?
Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

12) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
- Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe

15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

19) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah......

ifa alyana: hihi.. logik logik

Sex

Kategori : FWD

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya..

'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu..Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat.

Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dr zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak2.. Si ibu kehairanan dan bertanya.

Si anak menjawab dlm tangisan.. "Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni"...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:........

ifa alyana : ekekeke.. sabar ajelah

Pontianak

Kategori : FWD

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"

"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".

ifa alyana : lerrr... hihi

Paling Pantas!

Kategori : FWD

Jusoh telah diamanahkan supaya memilih dari calon2 yg memohon untuk mengisi jawatan yg telah ditawarkan. Setelah menyusun & mencari dari biodata2 yg diterima, dia dapati ada 4 pemohon lelaki yg sama dari segala segi kelayakan mereka. Jusoh kemudiannya memutuskan utk memanggil kesemua 4 pemohon tersebut utk bersemuka. Dia merancang utk bertanya satu soalan yg akan menentukan siapa sebenarnya yg lebih layak utk jawatan tersebut.

Harinya pun tiba. Sebaik saja keempat2 lelaki tersebut mengambil tempat duduk masing2 dlm bilik temuduga, Jusoh terus bertanya, "Beritahu saya, apakah perkara yg paling cepat sekali berlakunya?" sambil menunding jarinya kpd lelaki yg pertama.

Lelaki pertama dgn penuh keyakinan menjawab, "Fikir. Ia muncul tiba2 dlm kepala. Tiada amaran awal ttg kehadirannya. Fikir adalah kejadian yg paling pantas yg saya tau". "Itu sudah bagus!" Jawab Jusoh.

"Apa pendapat awak pula?" dia bertanya pada lelaki yg kedua. "Hmm... ok... Kelip Mata! Ia berlaku tanpa kita sedar pun. Itulah yg terpantas sekali berlakunya". "Tepat!, Sekelip Mata.. selalu digunakan utk menyatakan kecepatan pergerakan sesuatu" sambut Jusoh.

Dia kemudiannya berpaling kpd lelaki ke3 yg terus memberikan jawapannya. "Apabila suiz lampu di'ON' kita akan dapati lampu segera mengeluarkan cahayanya tanpa lengah walau sedetikpun. Pergerakan cahaya itulah yg tercepat dan terpantas yg saya tahu". Jusoh amat terpikat dgn jawapan yg diberikan, dalam fikirannya tertera inilah org yg dia cari.

Walau bagaimanapun, dia berpaling kpd lelaki ke4 lalu mengajukan soalan yg sama. "Setelah mendengar ketiga2 jawapan tadi, nyatalah kpd saya iaitu perkara yg paling pantas sekali berlakunya adalah 'berak cair'.

"APA?!" Terperanjat Jusoh dgn jawapan yg diberikan.

"Oh biar saya jelaskan" kata lelaki ke4 itu, "ceritanya begini, suatu hari saya merasa kurang selesa lalu saya terus berlari ke tandas.

Tapi, sebelum sempat saya berfikir, belum sempat saya berkelip mata pun dan belum sempat saya 'ON' suis lampu tandas tu, saya sudah terberak cair dlm seluar saya."

ifa alyana : o_oO :O

Tuesday, May 18, 2004

Kedai Roti

Kategori : FWD

Cerita teladan utk suami2

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulkan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

** aduss!

Wednesday, May 05, 2004

Zorro vs Robin Hood

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood.

Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat
untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut.

Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal di atas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu.

Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit...
"I AM ZORRO....."



Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu.

Dengan jobonye jugak.... si Robin Hood kata....
" I AM ROBIN HOOD............"


Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli di situ. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak.

ZZZZUUUUUPPPPP.............!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati.
Dengan selamba orang asli tu kata.......
......"I AM SORRY....!!"

ifa alyana : oopss..